Keluarga Sharol

Keluarga Sharol

Kami Nak Tengok Wayang

Kami Nak Tengok Wayang

Tuesday, February 24, 2009

Iranian di KUalA Lumpurian

salam,

kali ni aku nak bercer sikit tentang pengalaman aku bertemu dan berborak iranian, ketika aku sedang menjaga kaunter brand BUM equipment kat aprkson datang sorang perempuan cantik, tak bertudung, dan pakaian ala baru lepas balik dari gym. dia nak beli baju best buy aku, best buy ni aku yang mempunyai 50% diskaun, atau dalam erti kata lain harga separuh lah.... ok, berbalik pada cer tadi, aku pun tengok dia memilih baju aku, pastu dalam tengok dia dok memilih baju, dia pandang aku, aku pun senyum la, yelah dah rule parkson, promoter perlu ramah dengan customer, hehe.... dia pun kater kat aku yang aku nie happy person, bermula cer yang aku nak citer ni,

aku pun tanyer dia, datang dari mana, dia jawab iran, pastu aku pun bermula lah pertanyaan pada dia tentang negara mereka, nama perempuan ni, ntahlah aku pun dah luper, susah sangat sebut, pastu nak mengingat lagilah susah.... hehe.....seorang muslim,dah berkahwin dan tidak mempunyai anak, datang seorang ke malaysia kerana dapat percutian percumadari syarikat suami nya.......... aku tanyer tentang suasana ibu negara iran (taheran), aku ingat dia memuji tentang negara nya, tapi dia kutuk plak negara dia, dia kata negara mereka kotor, banyak pollution, pastu aku pun dengan rendah diri kata, KL pun banyak gak pollution, tapi dia puji plak KL ni bersih dan nyaman... aku terperanjat skit, aku tanyer lagi pasal presiden jorang, mahmud ahmadinejad, aku kata yang aku suker dengan kepimpinan mahmud ahmadinejad, tapi yang sangat terperanjat bile dia mengutuk dengan sekeras-kerasnya yang aku tertipu dengan lakonan mahmud ahmadinejad, dia kata yang presiden mereka ni jahat, tak mesra rakyat, aku tanyer lagi kenapa voted mahumd mase pilihanraya presiden, dia kata yang rakyat iran telah tertipu..... oh yer, aku lupe nak bagitau yang dia ni seorang doktor gigi di iran, wah!!! aku kagum rupenyer aku ngah berborak ngan seorang doktor, aku cakap yang lau kat malaysia, jika seseorang tu adalah seorang doktor, akan dipandang tinggi, tapi dia cakap sebaliknya environment di iran, kat sana profesion doktor tidak dihargai seperti malaysia, lebih2 lagi doktor gigi... aku tanyer dia tun mahathir, aku pun terasa bangga kerana dia sangat mengenali dan sangat kagum dengan bekas perdana menteri kita ni, dia kata tun seorang yang berani, tegas, dan sangat dihormati diseluruh dunia, aku pun terperanjat rupernyer semua rakyat iran samada rakyat kelas bawahan mahupun pemimpin sangat2 mengenali tun... aku pun mengiyakan apa yang dikatakan oleh iranian tadi.

apa yang aku dapat simpulkan, kita jangan anggap apa yang disampaikan oleh tv mahupun apa2 sahaja bender yang linkkan kita dengan dunia luar satu bender yang betol......

aku harap dapat jumper lagi perempuan iran tadi, dapat aku berborak lagi dengan dia, insyaallah....

wassalam...............

Monday, February 23, 2009

HINA KE?

ntah nape agaknyer aku nak wat tajuk nie, tapi memang ader satu topik hangat yang aku nak bincangkan kat kapet nie, yelah banyak bender yang kita dapat simpulkan untuk tajuk yang sangat umum nie.

1) INDIA?

hina ke jadi bangsa india, tapi ini bukan aku sesajer nak menghina, tapi bangsa india tu sendiri yang menghina bangsa mereka sendiri, kerana mereka tak pernah nak bangga dengan bangsa mereka sendiri, walaupun sanggup angkat 'kabadi' tanda buang dosa dalam agama hindu, tapi itu agama hindu bukan bangsa india. aku buka apa, nie nak kaitkan sikit la tentang parkson tempat aku kerja, jorang buat annoucement pada customer dengan bahasa inggeris, bahasa malaysia dan cina! kenapa tak dengan bahasa tamil sekali? aku pun bukan tegakkan apa yang dikatakan rasis atau apa, aku pun melayu, tapi aku kesian pada promoter-promoter india kat parkson tu, jorang tak terasa hati ke? bahasa lain ada kecuali bahasa jorang tak der iaitu bahasa tamil, pada hanya nak gunakan tiga bahasa tu, lebih baik jangan guna kan bahasa cina tu, guna bahasa malaysia dan bahasa inggeris sahaja ataupun hanya bahasa malaysia sahaja, lagi lebih baik, sesiapa pun tak terasa hati, kiter semua boleh faham apa yang dikatakan..... tapi mungkin kerana pemilik parkson tu cina so bahasa cina tu diwajibkan, bodoh sangat mentaliti tu, tapi aku rasa memang macam tu. tengok baru pegang bahagian ekonomi, belum jadi perdana menteri, kalau pegang jawatan tersebut, ntah2 bahasa malaysia jadi bahasa ke10 dalam negara sendiri. ntahlah aku pun tak tahu siapa yang nak disalahkan, kerajaan jer, swasta ker, rakyat ker, ntahlah..... kita sebagai warga malaysia yang celik akal dan fikiran, marilah kita buat sesuatu supaya bangsa malaysia tu tidak hanya melebihkan sesuatu kaum sahaja.

2)PROMOTER:

ntah la aku nak maki siape, tapi yang aku nak tau aku nak maki satu customer yang datang kat brand jiran aku, customer nie ada mengeluarkan kata-kata hina pada promoter di brand tersebut, melaun ni kata orang yang keje promoter ni hanyalah lulusan lepasan spm, pastu dah tak nak belajar, jadi promoter!!!! eish.......... BODOHNYER otak pakcik ni, aku raser nak lempang jer orang tua bodoh nie, agaknyer pakcik tu dah nak mampus!!!!!!!!!!!! tu yang AKU keluarkan kata-kata sebegitu. hina sangat ker jadi promoter tu? orang tua tu tak sedar ke dia tengah berurusan dengan saper masa dia beli baju kat brand tuh?????!!!!!! masa aku dengar dia cakap macam ni, aku nak je pergi ketuk kepala dia dengan tong bekas pemadam api yang warne biru biar dia mampos kat ctu, betol2 macam sial punyer orang tua, dah lah si tua kutuk ni berlagak macam orang muda, tak sedar diri ke 'rumah kata pergi,kubur kata mari????' dia nak beli satu baju, minta pendapat promoter hina brand jiran aku ni, pastu promoter tu cuba tanyer promoter lgi sebelah tentang pandapat yang ditanyer oleh si tua kutuk tu!!!! apa yang dijawab oleh si tua kutuk nak mampos ni!!!! "kenapa pergi tanyer SI BURUNG BELATOK NI????" YA ALLAH, hanya ALLAH sajer yang tahu kesabaran promoter jiran sebelah yang ditanyer..... ntah lah, selang beberapa minit selepas orang tua tuh berambus, datang promoter tadi dengan nada marah. seperti yang aku katakan diatas..... ntahla, aku kerja promoter pun hanya partime, tapi aku dapat rasa kehinaan yang dilemparkan oleh tua kutuk tadi, dan aku sangat sedih kerana masih ada rakyat malaysia, dah la melayu, memang sangat memalukan aku. doa aku masa tu, aku harap, biar anak, atau cucu dia yang akan bekerjaya sebagai promoter satu hari nanti, baru dia tahu,' LANGIT TU TINGGI KE RENDAH'........

3) NAIK BUS:

AKU pergi keje naik bus je, rapid KL u6 ataupun u10. tapi yang aku herankan kenapa rakyat malaysia terutama rakyat KL ni hina sangat kat orang yang gunakan perkhidmatan awam, aku pun tak tahu apa yang nak dihinakan, kalau aku naik kete lembu tu nampak gak la hina, aku tak nak citer pasal kelebihan naik bus, coz aku tak nak promote kesoronokan naik bus, tapi aku nak citer kebodohan orang yang naik kenderaan sendiri yang kononnyer berlagak macam orang kayer...... tapi sebenarnyer miskin macam sial, dah lah naik kete, nak isi minyak, belum kira yang dok tunggu giliran kat lampu isyarat nak bergerak, membazirkan lagi petrol dan juga RM, boleh plak nak berlagak kononnyer petrol dah turun harga, pastu nak senyum sinis.... aduhai, tak faham btol aku dengan org macam nie, aku nak tengok sampai biler boleh bertahan agaknyer dengan kebodohan jorang tuh, yela rata2 orang kat KL ni kan berasal dari pantai timur, so banyak kejadian bodoh yang dobawa dari ceruk kampung dijadikan sebagai rencah kehidupan di KL, memang betol2 dasar 'pelanduk yang baru masuk kampung', tu sampaikan ade pengarah bikin filem tentang budak pantai timur, memang yang dilakonkan bender betol yang memang tak dapat disangkalkan lagi, harap2 jorang nie ubah lah mentaliti, lau dah tinggal di KL, buat la cara KL, bak kata pepatah, ' DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU LANGIT DIJUNJUNG'


tulah demikian istilah HINA KE? yang dapat aku buat, itu hanya segelintir bender yang berlaku kat diri aku, belom kita tahu lebih banyak yang berlaku diluar jangkaan....

wassalam...

BERBELANJALAH DI PARKSON THE MALL

salam semua, apa khabar?

kali ini aku rasa nak bercerita sikit tentang tempat aku kerja part time kat parkson the mall.

aku bekerja kat brand BUM EQUIPMENT, aku sebagai part time ajer, baiklah, aku nak cerita tentang semua perihal yang ada disekeliling tempat aku kerja. lau korang datang ke shopping mall, THE MALL kat sebelah PWTC kuala lumpur datang la singgah kat parkson the mall, tempat aku kerja. aku kerja kat bahagian gent department, kat brand BUM, aku mempunyai seorang permenant yang bernama SUSANA BINTI MOHD YUSOFF, atau aku panggil akak permenant aku ni dengan panggilan kak su,( walaupun semua orang kat ctu panggil dia kak zana, tapi aku sorang sajer panggil dia kak su).hehe..... citer pasal kaunter aku pulak, kaunter aku ni memang banyak bender, terutama bajulah, dah nama pun berniaga pakaian, dan tentu yang paling banyak adalah baju, macam-macam ada... datang sendirilah nak tengok.... huhu.... ok, aku nak citer sikit pasal supervisor aku, nama dia Esther, orangnyer bangsa cina, dan baik. perangai pun seperti belia-belia yang berumur lingkungan 20an, manager aku pulak nama dia Jimvid Tan, seorang manager yang memahami pekerja, dan dia seorang yang sukakan pekerja melayu, kerana kata dia pekerja melayu tak cerewet berbanding pekerja cina(dah tentu pasal gaji)....

baiklah, tu lah serba sedikit tentang brand aku, sekarang aku nak citer pasal brand jiran-jiran aku pulak. jiran aku yang pertama: SANTA BARBARA POLO AND RACQUET CLUB: promoternyer nama TITI, dan partimenyer ramai antaranya khairul anuar(K.A), SITI HAJAR, SITI MISALIAH DAN YANG SEKARANG ADALAH WINNIE (THE POOH), hanya panggilan aku..... lau aku nak citer pasal manager ngan supervisor dia, aku tak tau nama nyer plak, tapi yang aku tau si titi tak suka kat supervisor dia, coz banyak songeh!!!!!! wakakakaka....... lau nak tau macam mana bentuk baju kat cni, datang lah berbelanja di PARKSON..... baiklah, jiran aku yang kedua: JEEP: promoternya adalah KAK BRENDA ATAU NAMA PENUH TADZMA TAWOL DAN JUGA AYU ZAFIA AKA AYU SI BON*** BESAR.hehe...... kat cni banyak baju jeeplah.... ok, jiran aku yang ketiga: TIMBERLAND: kat sini ramai permenant NYER dan mereka adalah KAK ETA, KAK FIKA, AMIN DAN JUGA KOM(ZAIRY): ala korang mesti tau kan mcam mana baju timberland yang terkenal dengan harganyer yang mahal, tak terbeli aku!!!!!!!!!.... wakakakaka...... jiran aku yang keempat adalah: RENOMA UP (UTILITY PRESTIGE ) DAN JUGA RENOMA KLASIK : promoternya adalah FAIZAL, KAK LINDA, AH FONG, KAK MEI YIN, ONN, AH FAI, MEI FONG: renoma kan jenama baju dari paris yang terkenal dengan spender nyer yang terkenal di malaysia dan juga dunia, sampaikan ada kawan aku kata lau pakai baju RENOMA,"ko pakai baju jenama spender" wakakakakaka...... ok, ni adalah jiran aku yang terakhir dan juga jiran yang paling rapat dan selalu jugak aku melilau ke brand ini iaitu : CAMEL ACTIVE: promoternya adalah KAK HAN ATAU AKU PANGGIL KAK AN AN DENGAN SHARON: baju camel pun terkenal dengan hargayer yang mahal/..... hehe.....

yang aku citer ni pun hanyalah perihal promoter-promoternyer, belum lagi tentang perangai-perangai mereka sorang-sorang yang banyak karenah nie... hehe.... apa2 pun aku hanyalah cerita tentang serba sedikit tempat aku kerja sebagai part time, bermacam customer yang perNah aku jumpe, bangla, iran, india, melayu, germany, ntahlah macam-macam lah yang aku jumpe..... dari aku tak fasih speaking longdang, terus dapat speaking coz terpaksa, yelah, dah customer yang datang forener, dan tentu kene speaking, tapi kalau yang arab datang speaking arab ngan aku, aku main cakap je dalam bahasa melayu...... kelakar pun ader gak bila kenangkan semula......

apa-apa pun kalau korang mengenali dengan lebih dekat watak-watak kat atas, SILA DATANG BERBELANJA DI PARKSON, THE MALL.......

WASSALAM..............................

Wednesday, February 18, 2009

Lentera Timur

BUKAN TAK TAHU TAJAMNYA DURI

SI AKAR SEMALU BERCABANG-CABANG

BUKAN TAK MAHU MENCARI GANTI

PARUT LUKA LALU TERPANDANG-PANDANG


CHORUS


PERGI TAK DISURUH, DATANG TAK DIMINTA

ANDAI SUDAH JODOH, INSYAALLAH


JENUH SUDAH MERATA MENCARI SIRIH

MENCARI SIRIH BERTEMU URAT

JENUHLAH SUDAH MENANTIKAN KEKASIH

KASIH SETIA SEPANJANG HAYAT


SEKACIPAN PINANG SECUBITAN GAMBIR

SEHELAI SIRIH DICALIT KAPUR

SEDAP DI PANDANGAN MANISNYA DI BIBIR

APALAH KASIH ANDAI TAK JUJUR



Koleksi Siti Nurhaliza yang lain.
Download mp3 & lirik lagu Siti Nurhaliza Joget Menanti Kasih
Free Download MP3